MENEROKA DI DAPUR? PERLU ATAU BAHAYA

Lumrah dalam diri kanak- kanak yang berusia seawal 4 tahun hingga 12 tahun untuk bermain bersama rakan-rakan mereka. Kecenderungan dan perasaan suka untuk melihat keadaan sekeliling. Menurut teori psikoanalisis yang diasaskan oleh Simund Freund, kecenderungan kanak-kanak pada usia ini suka “explore” dengan keadaan sekeliling dan mencuba sesuatu yang baru. Namun begitu, jika dilihat situasi hari ini, kecenderungan anak-anak kini lebih kepada bermain dengan gajet dan kurang rasa ingin bermain seperti kanak-kanak pada zaman 90-an. Jika dilihat pada mata kasar, mereka kini lebih mahir menggunakan telefon bimbit berbanding orang dewasa. Justeru, keadaan ini yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dan guru.

Menurut akhbar atas talian, LLPKN Klang telah mengenalpasti 78.3% kanak-kanak mempunyai gajet peribadi yang diberikan oleh ibu bapa mereka samada sebagai medium pembelajaran dan sebaliknya. Situasi ini menggalakkan anak-anak kurang minat untuk mencuba dan meneroka benda-benda di sekeliling mereka. Ibu bapa dan institusi pendidikan khususnya perlu mengambil peranan ini dalam menangani isu penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak. Mengubah konsep meneroka tersebut kepada meneroka ke dapur untuk mendedahkan mereka kepada aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang minda masing-masing.

Dapur, merupakan antara tempat yang sangat biasa oleh semua orang, dewasa waima kanak-kanak. Kanak-kanak diperkenalkan dapur sebagai tempat memasak dan menyimpan makanan sahaja. Segelintir ibu bapa yang bimbang akan keselamatan anak-anak menyatakan dapur sebagai salah satu tempat larangan untuk mereka lawati tanpa pengawasan. Justeru, keadaan tersebut menimbulkan perasaan takut sekaligus menyemai rasa ragu-ragu untuk mereka menerokai. Dalam konsep pendedahan anak-anak kepada kemahiran asas, dapur merupakan antara platform yang paling hampir dan mudah untuk ibu bapa atau guru menggalakkan perkembangan kanak-kanak dari aspek kendiri dan kemahiran.

Isu yang seringkali menjadi tanda tanya dalam kalangan ibu bapa adalah “bahaya atau tidak” ? Jawapan yang paling relevan adalah, “Ya, bahaya tanpa pengawasan ibu bapa. Jika aktiviti di dapur dilakukan dengan keluarga, justeru menambahkan banyak manfaat dan kebaikkan kepada kanak-kanak tersebut.

Bagaimana nak elakkan bahaya dari anak?

Peranan ibu ayah atau guru menerangkan dan mendedahkan Do dan Dont`s kepada mereka. Jadi, pendedahan awal tidak akan menjadikan isu keselamatan anak-anak sebagai faktor tidak membiarkan mereka meneroka kemahiran di dapur. Petikan dari akhbar “Pendedahan awal kanak-kanak kepada medium di sekeliling juga boleh menjadi salah satu faktor yang akan mempengaruhi permilihan kerjaya dan minat mereka kelak” (Harian Metro, 9/9/20).

Kebaikan penerokaan dapur dalam kalangan kanak-kanak Justeru, bagi membuka mata segelintir individu yang menyatakan konsep penerokaan keadaan sekeliling secara terus kepada kanak-kanak tidak perlu hendaklah di hapuskan dengan segera. Hal ini demikian kerana, penerokaan secara terus khususnya di dapur membawa banyak manfaat dan kebaikan dalam perkembangan mereka.

• Mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak-anak. Isu hubungan dalam kekeluargaan seringkali di pandang enteng dan tidak diberi perhatian pada masa kini. Dalam tidak sedar, anak-anak merasakan diri mereka sangat jauh dari ibu bapa mereka oleh kerana kesibukkan ibu bapa mereka terhadap pekerjaan. Hal ini telah membawa mereka lebih cenderung menghabiskan masa dengan gajet kerana gajet mampu membuat mereka berasa seronok dan hiburan.

Oleh itu, bagi menangani dan mengubah situasi ini, melakukan aktiviti memasak bersama-sama anak di dapur dapat mewujudkan kembali hubungan yang baik dan erat antara ibu bapa dan anak-anak. Selain itu, masa tersebut dapat digunakan dengan sebaik mungkin dan diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Selain dapat rasa makanan yang sedap, masa juga dapat dimanfaatkan. Justeru, aktiviti memasak bukan sahaja mengeratkan hubungan tetapi dapat diperoleh dengan kebaikan lain.

• Memupuk semangat kerjasama

Kanak-kanak tidak asing dengan aktiviti bermain bersama-sama rakan atau adik beradik di rumah. Kebarangkalian untuk menjadi isu berebut mainan atau tidak suka berkongsi main akan terjadi. Hal ini demikian kerana, bukanlah kerana salah dari kanak-kanak tersebut atau sikap mereka yang negatif, tetapi mungkin ibu bapa atau guru terlepas pandang untuk menyemai dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan anak-anak. Justeru, antara kebaikkan penerokaan di dapur bersama anak-anak seperti melakukan aktiviti memasak atau membuat kuih dapat mengajar dan menyemai rasa tolak ansur dalam diri mereka, bekerjasama yang baik untuk mencapai satu masakan yang sempurna. Ibu bapa boleh membahagikan tugas sebagai salah satu langkah untuk anak-anak belajar bekerjasama.

• Medium Rangsangan Minda Orang lama pada zaman 80 an – 90 an selalu berkata “Masak ni tak perlu resepi, campak saja dah jadi”. Aktiviti memasak bersama anak-anak tidak memerlukan satu resepi yang sangat banyak, dan susah untuk difahami. Selalunya, permilihan resepi yang mudah seperti nasi goring, kuih-muih dan biskut juga boleh membantu untuk rangsangan minda. Kenapa rangsangan minda? Jika kita perhatikan, selalunya ibu-ibu yang memasak di dapur, hanya ambil apa sahaja bahan yang ada, di masak dan jadilah satu resepi. Bukankah itu seperti sebuah uji kaji? Untuk melakukan uji kaji memerlukan permikiran yang jelas kan? Jelas bahawa, proses tersebut seperti merangsang minda untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Aktiviti memasak ini juga proses rangsangan yang baik untuk membantu anak-anak berfikir, bagaimana untuk mencantikkan hidagan, bagaimana ini menambahkan rasa sedap, dan apa yang perlu dilakukan jika makanan tersebut tidak cukup memenuhi citarasa. • Membina keyakinan dalam diri. Apa kaitan memasak dengan keyakinan diri? Ha, ramai yang terlepas pandang aktiviti memasak boleh memupuk keyakinan dalam diri murid dengan cara mendedahkan anak-anak dengan penggunaan barangan dapur, memilih perasa, atau memilih resepi. Semasa proses memasak tersebut, boleh lihat, samada berani atau tidak anak-anak menggunakan alatan yang jelas mereka tahu bahaya. Bukanlah berniat untuk membiarkan anak-anak terdedah kepada bahaya, sebaliknya untuk membantu murid lebih berani dalam apa jua yang ingin dilakukan kelak. Jika bimbang anak-anak ditimpa bahaya, peranan ibu bapa dan guru adalah untuk membuat permantauan bersama, melakukan aktiviti bersama tanpa membiarkan kanak-kanak bersendirian. Kajian daripada Abraham Maslow dalam Pyramid Hierarchy of Need, bagi mencapai kepuasan dalam diri seseorang individu Self-esteem atau keyakinan diri perlu dipenuhi terlebih dahulu.

Kesimpulannya, aktiviti ini bukanlah suatu aktiviti yang sia-sia. Kepuasan, dalam diri anak-anak yang lengkap adalah dengan memenuhi keperluan masa kecil mereka. Kebaikkan yang diperoleh dengan aktiviti penerokaan di dapur bukan sahaja untuk kemahiran motor dan sistem rangsangan tetapi juga dari sudut kekeluargaan. Cikgu Anis ~

MENEROKA DI DAPUR? PERLU ATAU BAHAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top