CILIK BIJAK TANI MEMBANTU PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEAWAL USIA 3 TAHUN

Perkembangan kanak-kanak pada peringkat usia 3 hingga 6 tahun pada masa kini dapat dilihat banyak fokus kepada aspek pembelajaran. Mereka diuji dan diukur tahap kemampuan melalui cara penulisan, membaca dan keupayaan untuk memahami topik pelajaran. Namun begitu, banyak kajian daripada beberapa rujukan tentang perkembangan awal kanak-kanak menunjukkan perkembangan seorang kanak-kanak dapat dilihat apabila mereka didedahkan dengan aktiviti sosial di luar kelas. Aktiviti sosial yang dimaksudkan ialah seperti aktiviti bertani dan bercucuk tanam kerana ia melibatkan pergerakan fizikal dan mental yang lebih cergas.

Selain itu, aktiviti betani juga boleh memupuk kepada keupayaan sosial yang tinggi bagi memupuk rasa dan emosi cinta akan alam sekitar dan mesra alam dalam kalangan kanak-kanak. Seorang kanak-kanak yang cergas dari aspek mental dan fizikal dapat dilihat dari sudut perkembangan pembelajaran mereka juga seiring dan baik sedikit sebanyak membantu mereka untuk fokus dan cerdas.

Aktiviti bertani dalam kalangan kanak-kanak dapat memupuk kemahiran motor kanak-kanak. Kemahiran motor dapat dilihat dari rangsangan mereka menggaul tanah. Kemahiran motor dalam kanak-kanak di peringkat tadika, tabika atau prasekolah perlu diberikan penekanan yang sangat penting kerana perkembangan motor adalah salah satu medium dan sumber yang dapat membantu mereka untuk fokus semasa pembelajaran dan kemahiran menulis yang baik. Pertanian bukan sahaja dapat melahirkan rasa cinta akan alam sekitar dan tetapi melatih kanak-kanak dalam perkembangan harian.

Justeru, program cilik bijak tani yang dijalankan di Tadika ABS Kembara Bijak sudah diwujudkan sebagai salah satu aktiviti wajib dan menjadi dalah satu subjek yang akan dipelajari oleh murid-murid di tadika. Program cilik bijak tani merupakan salah satu platform untuk menggalakkan murid-murid di Tadika ABS Kembara Bijak untuk meneruskan pembelajaran di luar kelas dengan mewujudkan sebuah kebun dan tanaman botani seperti pokok bunga hiasan dan sayur-sayuran.

Aktiviti ini memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak untuk mengenali dan mengetahui jenis-jenis tanaman dan sayuran. Kesimpulannya, aktiviti pertanian dan bercucuk tanam sangat digalakkan dalam aspek pendidikan awal kanak-kanak. Aktiviti ini memberi faedah yang sangat banyak kepada perkembangan dalam pembelajaran seperti fokus, kemahiran motor dan nilai-nilai murni.

By Cikgu Anis

CILIK BIJAK TANI MEMBANTU PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEAWAL USIA 3 TAHUN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top