About Us

Tadika Kembara Bijak merupakan sebuah tadika swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (No. Pendaftaran : K5A4889).

Sebagai sebuah tadika berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, kami menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Semakan 2017 dalam sesi pembelajaran. 

KSPK dibina berasaskan enam tunjang. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. 

 

 

  • KSPK digubal berdasarkan prinsip amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak dan teori pembelajaran kanak-kanak.

  • Tunjang Komunikasi
  • Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai
  • Tunjang Sains & Teknologi
  • Tunjang Keterampilan Diri
  • Tunjang Kemanusiaan
  • Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika

Tadika Kembara Bijak menggunakan program prasekolah Aktif Bijak Santun (ABS) sebagai kurikulum tambahan yang melengkapi KSPK yang telah digunapakai.

Modul Keusahawanan & Sains Little Ibnu Sina merupakan modul inovasi yang telah banyak membantu menerapkan pelbagai kemahiran di dalam diri guru dan pelajar khususnya.

Scroll to top