Tentang Kami

Cerita kami

Tadika Kembara Bijak diilhamkan sejak penghujung 2014 oleh seorang ibu yang sedang mencari-cari pendidikan awal untuk anak sulungnya yang akan mencapai usia 4 tahun.

Pendekatan Teknik Mendorong Tingkahlaku Positif yang dibawa oleh kumpulan pendidikan ABS Edusolutions pada masa itu menarik minat ibu ini yang dalam masa yang sama masih belajar untuk menguruskan tingkah laku anak. 

Dipendekkan cerita, tertubuhnya Tadika Kembara Bijak pada penghujung 2014 dan mula beroperasi pada tahun 2015 di Taman Darul Aman Jitra Kedah di bawah jenama Tadika ABS – Aktif Bijak Santun.

Bermula dengan hanya 20 pelajar pada tahun 2015, diikuti dengan pertambahan ke 44 pelajar pada tahun berikutnya menunjukkan kepercayaan yang tinggi di kalangan ibu bapa sekitar Jitra.

 

Pada 2017 premis terpaksa berpindah ke Taman Idaman, Tg. Pauh memandangkan premis sedia ada diambil balik oleh tuan punya rumah.

Alhamdulillah, sehingga kini kekal beroperasi di 24 Taman Idaman Tg. Pauh di rumah semi-D. Pada tahun 2022, pertambahan premis  di sebelah tadika yang digunakan sebagai ruang aktiviti Cilik Bijak Tani. Kelab Memanah dan pelbagai aktiviti yang memerlukan ruang yang lebih luas dan selesa. 

Bermula 2024, Tadika Kembara Bijak mengorak langkah menggunakan jenama sendiri  iaitu TKB setelah hampir 10 tahun dalam bindang pendidikan awal kanak-kanak. TKB akan terus menjalinkan kerjasama bersama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, tadika swasta di bawah naungan Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) dan pelbagai lagi agensi untuk manfaat kepada anak-anak TKB khususnya.

Anak kecil yang menjadi asbab pembukaan Tadika Kembara Bijak kini sudah pun berusia 13 tahun (pada tahun 2024). 

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ
“Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala amal soleh sempurna.” [HR. Ibnu Majah]

Visi & Misi Kami

 

Visi

Membina asas yang kukuh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial untuk melahirkan anak-anak yang kreatif dan berdaya saing dalam menerokai dunia.

Misi

Menggalakkan pembelajaran holistik

Memupuk kreativiti dan inovasi

Menanamkan adab dalam menuntut ilmu

Menyediakan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan

Melibatkan ibu bapa dan komuniti

Pembangunan tenaga pengajar yang mahir, kreatif dan berkualiti tinggi

Ada sebarang pertanyaan?

Hubungi kami sekiranya tuan puan memerlukan maklumat tambahan berkaitan perkhidmatan yang kami tawarkan.

Scroll to top