Anak Kreatif, Bijak dan Ceria
Seawal usia 4 tahun, serlahkan potensi anak kecil. Berikan mereka ruang dan peluang menerokai dunia dengan cara yang tersendiri. Di Kembara Bijak, kami percaya setiap anak ada A tersendiri.


kelab memanah

smart solat & huffaz

CILIK BIJAK TANI

pHONICSMART

kembara alam

cef cilik

Membina Rasa Percaya Diri Anak
Anak yang kelihatan yakin membawa diri, mudah menyesuaikan diri bersama rakan sebaya bukanlah suatu yang datang dengan sekelip mata. Ianya suatu proses yang perlu dilakukan setiap hari. Berterusan.
Guru-guru terlatih yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan bersama aktiviti menarik yang disusun secara sistematik. Aktiviti yang disusun pula mestilah sesuai dengan perkembangan anak. Tidak terlalu mudah dan tidak terlalu susah.
Apa yang penting, anak akan berjaya membuatnya sendiri, atau hanya dengan sedikit bantuan guru. Kejayaan-kejayaan kecil inilah yang akan menambah sedikit demi sedikit rasa percaya diri mereka sehingga kita boleh lihat sendiri daripada tingkah laku dan pergaulan.
Malah terpancar melalui foto!
Aktiviti Menarik Sepanjang Tahun
Di Kembara Bijak, kami sentiasa mengutamakan perkembangan anak mengikut usia. Dalam bermain ada belajar, dalam belajar ada bermain. Apa yang paling penting, guru-gurunya tidak boleh main-main!
KREATIF
- 8.00 pagi - 12.30 tgh.
-
Silabus Akademik KPM
Phonicsmart
Kembara Alam
Smart Solat & Hafazan
Cilik Bijak Tani
Cef Cilik
Kelab Buku - Makan pagi
- Tidak termasuk yuran tahunan
BIJAK
- 7.00 pagi - 3.30 petang
- Semua dalam Pakej Kreatif
- Makan pagi & tengah hari
- Kemahiran urus diri
- Amali solat
- Program bacaan & mengaji individu
- Tidak termasuk yuran tahunan
KEMBARA
- 7.00 pagi - 5.30 petang
-
Semua dalam Pakej Kreatif
Makan pagi, tengah hari & minum petang - Kemahiran urus diri
- Amali Solat
- Program bacaan & mengaji individu
- Tidak termasuk yuran tahunan
Barisan Para Pendidik

Cikgu Ana
Guru Besar
❤️ Universiti Malaya
❤️ Sijil Eksekutif
Pendidikan Awal
Kanak-kanak UUM
❤️ Certified PhonicSmart Tutor

Cikgu Anis
Guru Kelas 5 Bijak
❤️ Universiti Sains
Islam Malaysia
❤️ Certified PhonicSmart Tutor

Teacher Afiqah
Guru Kelas 6 Santun
❤️ Universiti Al Azhar Mesir
❤️ Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah OUM

Teacher Dina
Guru Kelas 4 Aktif
❤️ Kolej Islam Antarabangsa
❤️ Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kata-kata Baik Para Waris Pelajar
Apa kata para waris?















NO PENDAFTARAN : K5A4889
Artikel Berkaitan Pendidikan Awal Kanak-kanak

ANAK SAYA AKAN MASUK 4 TAHUN, LEBIH SESUAI KE TASKA ATAU TADIKA?
Pilihan antara tadika dan taska untuk anak berumur 4 tahun bergantung pada keperluan dan keadaan keluarga ibu ayah, serta matlamat pendidikan yang diharapkan untuk anak.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil kira:

MEMUPUK KESEDARAN TENTANG ISU PALESTIN KEPADA ANAK-ANAK
Dewasa ini, isu tentang negara Palestin semakin menjadi buah mulut ramai orang termasuklah Malaysia. Umum mengetahui tentang kezaliman Zionis terhadap rakyat Palestin.

CILIK BIJAK TANI MEMBANTU PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEAWAL USIA 3 TAHUN
Perkembangan kanak-kanak pada peringkat usia 3 hingga 6 tahun pada masa kini dapat dilihat banyak fokus kepada aspek pembelajaran.

MENEROKA DI DAPUR? PERLU ATAU BAHAYA
Lumrah dalam diri kanak- kanak yang berusia seawal 4 tahun hingga 12 tahun untuk bermain bersama rakan-rakan mereka. Kecenderungan dan perasaan suka untuk melihat keadaan sekeliling. Menurut teori psikoanalisis yang diasaskan oleh Simund Freund,
Ada sebarang pertanyaan?
Hubungi kami untuk mendapatkan informasi lanjut berkaitan perkhidmatan yang kami tawarkan.